Posts

Showing posts from March, 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP ZON TIMUR LAUT

Image
Pada 23 Mac - 27 Mac yang lepas, para atlet dari SK Seri Indah telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Timur Laut yang di adakan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Berikut adalah keputusan yang diperolehi oleh atlet SKSI : Mohd Shahrizal dari kelas 4B telah berjaya mendapat emas dalam acara 100m Mohd Nazriel Aizad juga dari kelas 4B mendapat emas dalam acara lompat jauh Pasukan sekolah juga berjaya meraih pingat perak dalam acara relay 4x100 meter, selepas persaingat sengit di garisan penamat.. Semoga lebih cemerlang apabila di peringkat negeri nanti... Tahniah kepada para guru yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini, semoga pada masa akan datang, SKSI mendapat kejayaan yang lebih cemerlang lagi! Pada majlis perhimpuanan yang dijalankan pada 30 Mac yang lepas, Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara yang dimenangi oleh atlet SKSI. Tahniah!! Majulah Sukan untuk SKSI! Sekitar Kejohanan Olahra