Posts

Showing posts from March, 2016

MESYUARAT PIBG KALI KE-19 2016

Image
Pada 5 Mac yang lepas telah diadakan mesyuarat PIBG SKSI kali ke-19, mesyuarat bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk pelantikan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2015-2016, mesyuarat telah dimulakan dengan nyanyian lagu dan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Azizal, seterusnya adalah ucapan YDP PIBG SKSI iaitu Pn Asmah yang memberi ucapan terakhir beliau selaku YDP PIBG memandangkan anak beliau tidak lagi bersekolah di SKSI dan akan menyerahkan jawatan kepada YDP PIBG yang baru dilantik nanti. seterusnya majlis dijalankan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tn. Hj. Mohamad Azman bin Hj. Abdul Aziz. setelah itu para ibu bapa dibawa melawat persekitaran sekolah bagi melihat sendiri bagaimana tempat anak-anak mereka belajar sepanjang sesi persekolahan. seterusnya mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, pembentangan penyata kewangan dan usul-usul dari ibu bapa, Selesai pembentangan usul-usul, dijalankan pemilihan AJK PIBG SKSI bagi sesi 2016-2017 dan En