Posts

Showing posts from April, 2015

MESYUARAT AJK PIBG 2015 / 2016

Image
Pada 6 April 2015 yang lepas, telah diadakan mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 2015-2016, mesyuarat  kali ini dihadiri oleh ahli PIBG SKSI, mesyuarat kali ini membincangkan pelbagai agenda dalam memastikan kecemerlangan warga SKSI dapat diteruskan pada masa akan datang. Mesyuarat berakhir pada kira-kira pukul 4.15 petang. Semoga apa yang dibincangkan pada mesyuarat ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada pihak murid SKSI. Teruskan Usaha!! Sekitar Mesyuarat Ahli PIBG SKSI 2015-2016

MAHRAJAN SANAWI PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH (MASASS)

Image
Pada 31 Mac 2015 dan 1 April 2015 yang lepas, sekolah kita telah menyertai Program Mahrajan Sanawi Pendidikan Islam Sekolah-sekolah atau (MASASS) bertempat di SK Minden Height dan SMKA (P) Al-Mashoor. Sekolah kita di bawah Panitia Pendidikan Islam telah menghantar peserta bagi pertandingan Kompang Selawat, Tilawah Al-Quran, Hafazan, Kalam Jamaie, Bercerita kisah dari Al-Quran dan Nasyid. Sekolah kita telah mendapat naib johan bagi pertandingan Kompang Selawat, manakala yang lain berjaya memberikan saingan sengit meskipun tidak berjaya mendapat tempat sebagai pemenang. Pasukan Kompang Selawat akan mewakili Zon Timur Laut ke peringkat negeri pada 10 April nanti, doakan kejayaan mereka. Apa pun, tahniah buat ustaz, ustazah, guru dan murid yang mewakili sekolah, anda berani dan berjaya membawa nama sekolah ke pertandingan ini. Tahniah buat semua yang terlibat, semoga pada tahun hadapan, boleh menang banyak lagi... Tahniah SKSI!!                                        Tempat Pertandinga

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-18 2015

Image
Pada 28 Mac 2015 yang lepas, SKSI telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SKSI kali ke-18 bertempat di kantin SKSI. mesyuarat kali ini di adakan untuk melantik Ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2015-2016 yang baru disamping pekara lain seperti membentang usul dari ahli dan ibu bapa serta banyak lagi. Majlis dimulakan dengan sambutan kedatangan YDP PIBG bagi sesi 2014-2015 diiringi oleh Tuan Guru Besar serta paluan kompang dari pasukan kompang selawat SKSI. Setelah itu, persembahan Kompang Selawat pula mengambil tempat. Persembahan yang menarik telah disampaikan oleh pasukan Kompang Selawat SKSI. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh YDP PIBG SKSI, seterusnya adalah ucapan dari Guru Besar. Setelah itu, Majlis diteruskan dengan mesyuarat yang membincangkan pelbagai pekara yang menyentuh tentang pendidikan anak-anak di SKSI. Seterusnya adalah pelantikan AJK PIBG SKSI bagi tahun 2015-2016 dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada AJK PIBG SKSI bagi tahu

MERENTAS DESA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH 2015

Image
Pada 27 Mac 2015 yang lepas, SKSI telah menjalankan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2015. program ini melibatkan murid-murid tahap 2 bagi acara merentas desa manakala murid prasekolah dan tahap 1 terlibat dengan acara sukaneka. Bermula jam 8.00 pagi, semua murid berkumpul di dataran untuk mendengar taklimat, seterusnya memulakan program dengan aktiviti senamrobik terlebih dahulu, Pentingnya senamrobik sebagai pemanas badan sebelum memulakan acara masing-masing. Aktiviti senamrobik yang dijalankan berjaya menarik minat murid-murid dan guru dimana "instructor" bagi senamrobik ini berjaya "bergelek" dengan irama lagu yang baik. Anda mahu lagi?? Ya!!!  tanpa jemu warga SKSI mengikutnya. Seterusnya murid tahap 2 bergerak ke garisan permulaan untuk memulakan merentas desa tahun 2015, Apabila peserta dilepaskan oleh cikgu Azizal, terlihat pelbagai gaya larian, ada yang laju, perlahan, berjalan kaki, termasuk hampir-hampir terbang. Peserta bersungg