Posts

Showing posts from August, 2015

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2015

Image
Pada 28 Ogos yang lepas, warga SKSI telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sekolah, pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena sambutan hari kebangsaan kali ini, dimulakan dengan perhimpunan pagi, seterusnya ucapan oleh Tuan Guru Besar Tn. Hj. Mohammad Azman bin Hj. Abdul Aziz dan nyanyian lagu patriotiK oleh warga SKSI, setelah itu murid telah menyertai kuiz dan pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolah. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! Sehati Sejiwa  Hargailah nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini, semoga kekal merdeka selama-lamanya

MAJLIS PERPISAHAN GURU

Image
Pada 26 Ogos yang lepas telah diadakan majlis perpisahan tiga orang guru SKSI ke sekolah lain, mereka adalah Encik Looi Kam Fatt, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKSI, Encik Mohd Fahdzle dan Pn. Nordiana. Semoga terus maju jaya di sekolah baru. Selamat datang juga diucapkan kepada Pn Nariza yang menggantikan En. Looi Kam Fatt sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKSI yang baru.

SMART KICK PRASEKOLAH PPD TIMUR LAUT 2015

Image
Pada 12 Ogos 2015 yang lepas, pihak prasekolah SKSI telah menyertai SMART KICK PRASEKOLAH PPD TIMUR LAUT 2015 bertempat di Gembira Parade. Pertandingan ini disertai sebanyak 11 buah sekolah di dalam PPD Timur Laut, hasilnya, kita telah menjadi Johan dalam pertandingan ini, berikut adalah keputusan perlawanan : Keputusan Futsal Smart Kick Prasekolah PPD Timur Laut Kumpulan A SK Seri Indah vs SK Minden Height 2-0 SK Seri Indah vs SK Ayer Itam 0-0 SK Seri Indah vs SK Sri Tanjung 3-0 Johan Kumpulan A Pusingan Akhir (FORMAT LIGA) SK Seri Indah vs SK Tanjung Tokong 1-0 SK Seri Indah vs SK Tan Sri P.Ramlee 2-1 Keputusan Johan SK Seri Indah N.Johan SK Tanjung Tokong Ketiga SK Tan Sri P.Ramlee Semoga kita dapat mempertahankan kejuaraan pada tahun hadapan, tahniah kepada pemain futsal prasekolah SKSI yang mempamerkan aksi bersungguh-sungguh m enentang pasukan lawan. Tahniah!!