Posts

Showing posts from June, 2016

CERAMAH NUZUL AL-QURAN

Image
Ceramah Nuzul Al-Quran peringkat SKSI telah diadakan pada 24 Jun yang lalu, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azizal tentang kebesaran Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam, selesai ceramah, semua murid-murid  Islam dan bukan Islam SKSI telah diberikan bungkusan makanan ringan untuk dibawa pulang ke rumah, bungkusan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKSI, Tuan Haji Mohamad Azman, semoga majlis yang dijalankan kali ini dirahmati oleh Allah S.W.T.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2016

Image
Pada 18 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2016, Anugerah ini diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang murid dalam akademik termasuk bekas murid SKSI yang telah mendapat 5A dalam UPSR tahun lepas, Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKSI iaitu Encik Muhammad Nor, Majlis berjalan dengan meriah walaupun dilangsungkan dalam bulan puasa, semoga penerima anegrah ini terus berjaya dalam semua bidang, tahniah diucapkan.