Posts

Showing posts from January, 2016

MAJLIS PENUTUP MINGGU ORIENTASI MURID TAHUN 1 SKSI

Image
Majlis Penutup Minggu Orientasi dijalankan setelah murid tahun 1 melalui minggu orientasi yang bermula pada 4 Januari 2016 hingga 15 Januari 2016 yang lalu. Majlis ini ditutup dengan rasminya oleh Tuan Guru Besar Tn. Hj Mohamad Azman bin Hj Abdul Aziz yang menyatakan agar murid berusaha bersungguh sungguh sehingga berjaya. Apa pun kita warga SKSI mengharapkan murid-murid sentiasa gembira ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. 

HARI ORIENTASI PRASEKOLAH DAN MURID TAHUN 1 SKSI

Image
Pada 2 Januari 2016 telah diadakan Hari Orientasi Murid Prasekolah Dan Tahun 1 bagi tahun 2016, program ini telah dihadiri oleh murid, ibu bapa dan para guru, program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKSI iaitu Tn. Hj Mohamad Azman bin Hj Abdul Aziz dan disertai juga dari pihak PIBG yang diketuai oleh Pn. Asmah  selaku Yang di-Pertua PIBG SKSI. Program ini memberikan pendedahan awal dan kesediaan murid kepada murid tentang SKSI, apa yang menggembirakan, tiada murid yang menangis semasa pendaftaran dan dilihat begitu seronok untuk ke sekolah. Semoga murid-murid dapat belajar bersungguh-sungguh. Selamat Datang ke SKSI!!