Posts

Showing posts from February, 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 TAHUN 2018

Image
Pada 24 Februari yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Agong PIBG SKSI kali ke-21 bertempat di dewan SKSI, kehadiran ibu bapa kali ini sangat baik dan pelbagai usul telah dikemukakan. Pelantikan AJK yang baharu telah dibuat dengan En Fazli bin Rejab dipilih semula sebagai YDP PIBG SKSI bagi sesi 2018-2019, begitu juga dengan barisan guru yang dipilih menggantikan barisan guru yang terdahulu, Gabungan muka baru dan lama bagi sesi 2018-2019 diharapkan dapat membawa nama SKSI  ke tahap yang lebih tinggi, Tahniah pada yang terpilih dan terima kasih pada yang telah bertugas dengan penuh dedikasi sepanjang 2017-2018.

MAJLIS PERPISAHAN PUAN RUHAYU

Image
Pada 21 Februari yang lalu, telah diadakan Majlis Perpisahan Puan Ruhayu yang akan bertukar ke SK Bukit Gelugor, terima kasih atas segala jasa cikgu di SKSI, kami warga SKSI mendoakan agar Puan Ruhayu berjaya di tempat baru dan jangan lupakan kami di SKSI…

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

Image
Pada 12 Februari yang lepas, pasukan sepak takraw SKSI telah menyertai pertandingan sepak takraw bawah 12 tahun kategori lelaki yang telah dilangsungkan di SK St Xavier. Pasukan kita telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini, tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw SKSI, semoga lebih berjaya pada tahun hadapan !!!