Posts

Showing posts from 2016

CERAMAH NUZUL AL-QURAN

Image
Ceramah Nuzul Al-Quran peringkat SKSI telah diadakan pada 24 Jun yang lalu, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azizal tentang kebesaran Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam, selesai ceramah, semua murid-murid  Islam dan bukan Islam SKSI telah diberikan bungkusan makanan ringan untuk dibawa pulang ke rumah, bungkusan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKSI, Tuan Haji Mohamad Azman, semoga majlis yang dijalankan kali ini dirahmati oleh Allah S.W.T.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2016

Image
Pada 18 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2016, Anugerah ini diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang murid dalam akademik termasuk bekas murid SKSI yang telah mendapat 5A dalam UPSR tahun lepas, Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKSI iaitu Encik Muhammad Nor, Majlis berjalan dengan meriah walaupun dilangsungkan dalam bulan puasa, semoga penerima anegrah ini terus berjaya dalam semua bidang, tahniah diucapkan.

SUKAN TAHUNAN SKSI 2016

Image
Pada 23 April yang lepas, telah diadakan sukan tahunan SKSI bagi tahun 2016, acara yang dijalankan secara sederhana kerana fenomena El Nino menyebabkan acara yang dipertandingkan diringkaskan kepada beberapa acara, walaupun ringkas, suasana pada hari pertandingan sangat meriah, masing-masing cuba membawa kejayaan kepada rumah sukan masing-masing, setelah dicampur semua markah, pasukan yang menjadi Johan pada tahun ini ialah Rumah Merah!! Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SKSI, Tuan Haji Mohamad Azman bin Haji Abdul Aziz dan YDP PIBG SKSI Encik Muhammad Noor, Tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tewas, cuba lagi pada tahun hadapan.