Posts

Showing posts from November, 2015

MAJLIS PERSARAAN PN. HONEY KHOO DAN PERPISAHAN PN ADAWIYAH

Image
Majlis kali ini meraikan persaraan Pn Honey Khoo yang akan bersara pada hujung tahun ini dan juga kepada Pn. Adawiyah yang akan berpindah ke Terengganu bermula Januari 2016. Majlis Persaraan Pn Honey Khoo dan Majlis Perpisahan Pn Adawiyah bersama murid-murid telah dijalankan pada hari terakhir persekolahan 2015. Terima kasih atas jasa dan sumbangan kepada SKSI, selamat bersara Pn. Honey Khoo dan selamat bertugas di tempat baru Pn Adawiyah, jangan lupa kami di sini.....

JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6

Image
Jamuan kali ini melibatkan murid tahun 6 yang akan meninggalkan SKSI untuk melangkah ke Tingkatan Satu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, bawalah yang pekara yang baik dari SKSI untuk diamalkan dan yang buruk tinggalkan di SKSI, ingatlah kenangan pahit manis sepanjang berada di SKSI, semoga SKSI berada dalam ingatan murid-murid sekalian.

PROGRAM BERSAMA PIHAK PASARAYA GIANT

Image

JAMUAN AKHIR TAHUN SKSI 2015

Image
Pada 18 November 2015 telah diadakan Jamuan akhir tahun untuk semua Guru dan Staf SKSI, setelah bertungkus lumus berusaha dari awal hingga ke akhir tahun, akhirnya telah tiba masa ke penghujungnya. Oleh itu, segala pahit manis sepanjang tahun ni akan dikenang dan diharapkan agar pekara yang baik dibawa ke tahun seterusnya, yang buruk ditinggalkan buat selama-lamanya....

KEPUTUSAN UPSR DAN PEMBERIAN BANTUAN DARI PUSAT URUS ZAKAT

Image
Hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh seluruh warga sekolah kerana keputusan UPSR dikeluarkan, pelbagai keputusan yang telah diperolehi oleh para murid. SKSI telah mendapat seramai 4 orang murid yang Berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2015. Mereka adalah adik Siti Balqis binti Abdullah, Nurfarhana binti Rosli, Muhammad Syahmi bin Sofian dan Alifah Ilyana binti Emelia. Slip keputusan UPSR mereka telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG SKSI dan Guru Besar SKSI. Setelah itu di adakan pemberian bantuan peralatan persekolahan dari Pusat Urus Zakat kepada murid yang kurang berkemampuan untuk persediaan persekolahan pada tahun hadapan. Yang berjaya, Tahniah diucapkan, yang kurang berjaya, cuba lagi untuk Berjaya pada masa akan datang.

HARI KANAK-KANAK SKSI 2015

Image
Pada 6 November 2015 telah di adakan hari kanak-kanak peringkat SKSI, hari yang meraikan kanak-kanak ini telah diadakan pelbagai acara yang telah dirancang oleh para guru. Pelbagai aktviti telah berjaya dijalankan dan menghiburkan. Semoga murid dapat menikmati keseronokan bergelar kanak-kanak sebelum memasuki usia remaja.