Posts

Showing posts from September, 2015

PERTANDINGAN MBM PRASEKOLAH 2015

Image
Pada 15 September 2015, pasukan prasekolah SKSI telah menyertai pertandingan MBM Prasekolah bagi tahun 2015. Dalam pertandingan ini, murid dikehendaki membina perkataan berdasarkan huruf yang diberi dan juga membina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan. Pasukan SKSI telah memperolehi tempat kedua dan akan mewakili PPD Timur Laut kepertandingan peringkat negeri tidak lama lagi, tahniah diucapkan kepada murid prasekolah SKSI, teruskan usaha!!

Pameran Nuklear anjuran Soka Gakkai

Image
Pada 14 September 2015 yang lepas, murid SKSI seramai 39 orang murid dan guru seramai 3 orang iaitu Cikgu Fauzi, Cikgu Noraidah dan Cikgu Jothi telah pergi ke Pameran Nuklear anjuran Soka Gakkai di Universiti Sains Malaysia, semoga banyak ilmu baru yang diperolehi dan dikongsikan dengan kita semua.

UPSR 2015

Image
Pada 8 September hingga 10 September yang lepas, murid tahun 6 SKSI telah menduduki UPSR 2015, UPSR kali ini merupakan UPSR kali terakhir menggunakan format lama sebelum menggunakan UPSR format baharu pada 2016, semoga mereka semua beroleh keputusan yang cemerlang nanti, Terima kasih kepada barisan pentadbir, para guru dan ibu bapa yang telah berusaha bagi memastikan anak-anak kita memperoleh kejayaan. Tahniah dan teruskan usaha!

MAJLIS PENYAMPAIAN SET ALAT TULIS

Image
Pada 4 September 2015 yang lalu, telah diadakan majlis penyampaian alat tulis kepada murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi, Set alat tulis telah disampaikan oleh YDP PIBG SKSI iaitu Pn. Asmah, setelah itu, diadakan taklimat peperiksaan oleh Tuan Guru Besar SKSI, iaitu Tn. Hj. Mohamad Azman, semoga dengan penyampaian set alat tulis ini dan amanat yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar menjadi perangsang kepada murid kita untuk berjaya dalam UPSR kali ini. Teruskan Usaha!