Posts

Showing posts from October, 2015
Image

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH

Image
Pada 13 Oktober yang lepas telah diadakan sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah yang melibatkan semua guru dan murid beragama Islam. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya bacaan Yasin, Ceramah, permainan kuiz dan lain-lain lagi, semoga apa yang disampaikan dalam program ini menjadi satu amal kebaikan kepada kita semua.

EKSPLORASI MURID TAHUN 6 KE EMPANGAN AYER ITAM

Image
Pada 10 Oktober juga diadakan Eksplorasi Murid Tahun 6 ke Empangan Ayer Itam, program kali ini melibatkan murid Tahun 6, pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mental peserta telah diadakan. Tahniah kepada barisan pentadbir, guru-guru dan semua pihak yang terlibat dalam eksplorasi kali ini. Tahun depan buat lagi hehe

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Image
Hari Sukan Negara telah disambut pada 10 Oktober lepas, SKSI juga tidak ketinggalan untuk meraikannya, oleh itu, satu program telah dijalankan oleh SKSI bagi peringkat sekolah, program yang melibatkan semua murid ini telah dijalankan di dataran sekolah. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKSI iaitu Tuan Haji Mohamad Azman bin Haji Abdul Aziz, Antara ucapan Beliau ialah beliau menekankan tentang kepentingan sukan selain akademik kepada murid-murid.  Setelah itu, program diteruskan dengan senamrobik yang menarik perhatian warga SKSI, pelbagai aksi diperlihatkan oleh murid-murid kita, setelah itu, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang bergerak ke stesen-stesen yang mempunyai beberapa jenis permainan yang berbeza, murid-murid kelihatan teruja dengan permainan yang disediakan, ada juga murid yang tidak pernah mencuba permainan tradisional sebelum ini berpeluang untuk melakukannya. Setelah itu diadakan permainan futsal antara murid prasekolah dan m