Pada 29 Mei 2019, telah diadakan Majlis Persaraan Cikgu Goh yang telah berkhidmat selamat 14 Tahun 7 Bulan di SKSI, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira di samping keluarga, Selamat Bersara Cikgu, jangan lupakan kami di sini......
Pada 9 Mac yang lepas, telah diadakan mesyuarat PIBG SKSI kali yang ke-22. Kehadiran ibu bapa yang baik sangat penting dalam membincangkan mengenai hala tuju SKSI, Majlis ini dirasmikan oleh Encik Rohaizat bin Hamid, Ahli Majlis MBPP. Usul yang dibawa oleh ibu bapa telah dibincangkan dalam mesyuarat, Tuan Guru Besar, Encik Juhari bin Jusoh telah menjawab segala persoalan dan cadangan yang dilontarkan oleh ibu bapa, Setelah itu, pelantikan AJK PIBG sesi 2019-2020 telah dijalankan. Seterusnya Tuan Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan AJK PIBG bagi sesi 2018-2019, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah sebelum bersurai. Tahniah kepada yang terpilih sebagai AJK PIBG 2019-2020, selamat bertugas, dan terima kasih kepada AJK PIBG bagi sesi 2018-2019 atas segala jasa dan sumbangan dalam menjayakan program SKSI.
Comments
Post a Comment