SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Hari Sukan Negara telah disambut pada 10 Oktober lepas, SKSI juga tidak ketinggalan untuk meraikannya, oleh itu, satu program telah dijalankan oleh SKSI bagi peringkat sekolah, program yang melibatkan semua murid ini telah dijalankan di dataran sekolah. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKSI iaitu Tuan Haji Mohamad Azman bin Haji Abdul Aziz, Antara ucapan Beliau ialah beliau menekankan tentang kepentingan sukan selain akademik kepada murid-murid. 

Setelah itu, program diteruskan dengan senamrobik yang menarik perhatian warga SKSI, pelbagai aksi diperlihatkan oleh murid-murid kita, setelah itu, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang bergerak ke stesen-stesen yang mempunyai beberapa jenis permainan yang berbeza, murid-murid kelihatan teruja dengan permainan yang disediakan, ada juga murid yang tidak pernah mencuba permainan tradisional sebelum ini berpeluang untuk melakukannya. Setelah itu diadakan permainan futsal antara murid prasekolah dan murid tahun 1 sebagai perlawanan pertunjukan. Selesai permainan futsal, murid-murid berehat di kantin sebelum bersurai. Tahniah warga SKSI!!




























































Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT PIBG SKSI KALI KE-22 TAHUN 2019

PERSARAAN CIKGU GOH