MESYUARAT PIBG KALI KE-19 2016

Pada 5 Mac yang lepas telah diadakan mesyuarat PIBG SKSI kali ke-19, mesyuarat bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk pelantikan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2015-2016, mesyuarat telah dimulakan dengan nyanyian lagu dan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Azizal, seterusnya adalah ucapan YDP PIBG SKSI iaitu Pn Asmah yang memberi ucapan terakhir beliau selaku YDP PIBG memandangkan anak beliau tidak lagi bersekolah di SKSI dan akan menyerahkan jawatan kepada YDP PIBG yang baru dilantik nanti. seterusnya majlis dijalankan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tn. Hj. Mohamad Azman bin Hj. Abdul Aziz. setelah itu para ibu bapa dibawa melawat persekitaran sekolah bagi melihat sendiri bagaimana tempat anak-anak mereka belajar sepanjang sesi persekolahan. seterusnya mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, pembentangan penyata kewangan dan usul-usul dari ibu bapa, Selesai pembentangan usul-usul, dijalankan pemilihan AJK PIBG SKSI bagi sesi 2016-2017 dan En. Muhamad Nor telah dilantik sebagai YDP PIBG SKSI yang baru bagi menggantikan Pn Asmah, sebelum majlis bersurai, diadakan penyampaian sijil bagi AJK PIBG SKSI bagi sesi 2015-2016 sebagai tanda penghargaan. Apapun mesyuarat kali ini menunjukkan peningkatan dari segi kehadiran para ibu bapa dan waris, ribuan terima kasih kepada barisan ibu bapa dan guru yang telah berusaha untuk menjayakan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2015, terima kasih kepada barisan AJK PIBG SKSI bagi sesi 2015-2016, Tahniah dan selamat bertugas AJK PIBG SKSI 2016-2017!!!
































Comments

Popular posts from this blog

PERSARAAN CIKGU GOH

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17/2014