MESYUARAT AGUNG PIBG KE-18 2015

Pada 28 Mac 2015 yang lepas, SKSI telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SKSI kali ke-18 bertempat di kantin SKSI. mesyuarat kali ini di adakan untuk melantik Ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2015-2016 yang baru disamping pekara lain seperti membentang usul dari ahli dan ibu bapa serta banyak lagi.

Majlis dimulakan dengan sambutan kedatangan YDP PIBG bagi sesi 2014-2015 diiringi oleh Tuan Guru Besar serta paluan kompang dari pasukan kompang selawat SKSI. Setelah itu, persembahan Kompang Selawat pula mengambil tempat. Persembahan yang menarik telah disampaikan oleh pasukan Kompang Selawat SKSI. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh YDP PIBG SKSI, seterusnya adalah ucapan dari Guru Besar.

Setelah itu, Majlis diteruskan dengan mesyuarat yang membincangkan pelbagai pekara yang menyentuh tentang pendidikan anak-anak di SKSI. Seterusnya adalah pelantikan AJK PIBG SKSI bagi tahun 2015-2016 dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada AJK PIBG SKSI bagi tahun 2014-2015 di atas sumbangan mereka selama ini.

Semoga AJK PIBG SKSI bagi tahun 2015-2016 dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan baik, Terima kasih kepada yang telah memberikan sumbangan yang tidak terhingga kepada pihak sekolah. semoga apa yang dilakukan akan memberikan manfaat kepada pendidikan anak-anak kita di SKSI..


Tahniah dan terima kasih..
Jasamu Dikenang!!

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SKSI 2015-2016































Comments

Popular posts from this blog

PERSARAAN CIKGU GOH

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PRASEKOLAH