MERENTAS DESA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH 2015

Pada 27 Mac 2015 yang lepas, SKSI telah menjalankan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2015. program ini melibatkan murid-murid tahap 2 bagi acara merentas desa manakala murid prasekolah dan tahap 1 terlibat dengan acara sukaneka.

Bermula jam 8.00 pagi, semua murid berkumpul di dataran untuk mendengar taklimat, seterusnya memulakan program dengan aktiviti senamrobik terlebih dahulu, Pentingnya senamrobik sebagai pemanas badan sebelum memulakan acara masing-masing.

Aktiviti senamrobik yang dijalankan berjaya menarik minat murid-murid dan guru dimana "instructor" bagi senamrobik ini berjaya "bergelek" dengan irama lagu yang baik. Anda mahu lagi?? Ya!!!  tanpa jemu warga SKSI mengikutnya.

Seterusnya murid tahap 2 bergerak ke garisan permulaan untuk memulakan merentas desa tahun 2015, Apabila peserta dilepaskan oleh cikgu Azizal, terlihat pelbagai gaya larian, ada yang laju, perlahan, berjalan kaki, termasuk hampir-hampir terbang. Peserta bersungguh-sungguh untuk menamatkan larian. Hadiah disediakan pada tempat pertama hingga ke sepuluh bagi setiap kategori, Tempat kesebelas minum air percuma saja ya...

pada masa yang sama juga murid prasekolah dan murid tahap 1 memulakan acara sukaneka. pelbagai acara sukaneka dijalankan untuk mereka dan mereka dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk memenagi acara yang dipertandingkan. biasalah adat pertandingan, ada menang ada kalah, tak boleh terima kekalahan, beli medal sendiri ya..

acara merentas desa dan sukaneka tamat pada kira-kira pukul 11.30, setelah itu, diadakan upacara penyampaian hadiah, hadiah telah disampaikan kepada para pemenang dan majlis bersurai pada pukul 12.00 tengahari.

tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan proram kali ini, semoga pada masa akan datang, ada lagi program seumpama ini dijalankan, terima kasih kepada semua pentadbir sekolah, guru, staf, murid-murid, pihak polis dan semua pihak yang telah membantu menjayakan program kali ini

Majulah Sukan untuk SKSI!!!!

Sekitar Program Merentas Desa






























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERSARAAN CIKGU GOH

MESYUARAT PIBG SKSI KALI KE-22 TAHUN 2019